Wednesday, January 21, 2009

深思ing Thinking Thoroughly

Penduduk diminta ubah sikap
Utusan Malaysia - Jan 05, 2009

JOHOR BAHRU 4 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abd. Aziz Sapian meminta penduduk di Perkampungan Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah dekat ini, berubah sikap dan menerima proses pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, masyarakat Orang Asli perlu bergerak maju selaras dengan pembangunan kerana kawasan Gelang Patah turut berada di dalam kawasan projek Iskandar Malaysia.


Sehubungan itu, katanya, masyarakat di situ wajar merebut peluang yang ada terutamanya apabila banyak peluang pekerjaan akan ditawarkan tidak lama lagi.


Selain itu, menurutnya, masyarakat setempat perlu menggunakan sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak dengan cara yang berkesan.


"Penduduk kampung di sini perlu membalas balik kebaikan yang dihulur oleh syarikat-syarikat selama ini. Kalau ada syarikat yang hulur bantuan kelengkapan persekolahan, jangan pula ibu bapa leka.


"Tugas ibu bapa adalah mendorong anak-anak agar bersemangat menuntut ilmu dan dengan cara itu, barulah bantuan yang diterima menampakkan berhasil," katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kelengkapan persekolahan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di kampung tersebut baru-baru ini.


Abd. Aziz berkata, adalah menjadi impiannya selama ini untuk melihat masyarakat Orang Asli di situ berjaya dalam pelajaran dan mengubah sikap ke arah yang lebih positif.


Katanya, Orang Asli Simpang Arang adalah antara yang beruntung kerana sering mendapat tajaan pelbagai pihak.


Justeru, beliau berharap mereka menggunakan bantuan dan peluang yang ada untuk meningkatkan kemajuan diri dan keluarga masing-masing.


"Jangan pula sudah mewah dengan tajaan mula menunjukkan sikap malas. Sikap sebegitu harus dikikis kerana kalau masih lagi seperti dulu, apa akan jadi kepada anak-anak kelak," katanya.


Katanya lagi, antara cabaran yang pernah dihadapi dalam menangani permasalahan penduduk di situ adalah kehadiran orang luar yang memperalatkan penduduk setempat.


"Kita ada bagi projek buat kolam ikan kepada penduduk kampung, alih-alih ada dalang iaitu orang luar yang buat kacau. Penduduk perlu diawasi selalu agar tidak ada pihak luar yang menjadikan mereka sebagai alat," katanya.


*******

“为何我们总是觉得有种无形的压迫感,逼使我们去接受这样的安排?
你们的到来以前,很久很久以前,我们世世代代,都已经住在这里了。
改变的,应该是你们,还是我们呢?”
“Why do we feel a sense of command that forces us to just accept these kind of arrangements? Before you all come here, we have already living here for centuries. Who suppose to make a change? You? Or Us?”
(模拟答案Sample answer)


No comments: